Format Penulisan

1. Tajuk : Ringkas, deskriptis dan seharusnya tidak melebihi 15 perkataan

2. Abstrak : maxima 250 patah perkataan [mengandungi pernyataan masalah kajian, objektif kajian, metodologi kajian dan hasil kajian]. Abstrak harus diiringi dengan lima kata kunci berkaitan dengan kandungan manuskrip bagi sistem pengesanan komputer.

3. Citation : The Chicago Manual of Style (University of Chicago Press).
Rujukan dalam teks hendaklah menggunakan nama penulis diikuti oleh tahun penerbitan yang diletakkan dalam kurungan. Satu senarai rujukan yang disusun mengikut abjad hendaklah dimasukkan di bahagian akhir sesebuah manuskrip. Kesemua rujukan yang dipetik dalam teks haruslah muncul dalam senarai rujukan. Para penulis bertanggungjawab memastikan ketepatan dan kesempurnaan maklumat dalam senarai rujukan. Gaya rujukan yang digunakan haruslah konsisten di semua bahagian manuskrip. Nota kaki hendaklah ditaip di bahagian jidar bawah sesuatu halaman dan ditanda dengan jelas dalam teks. Sebarang rujukan perlu dimasukkan ke dalam teks, dan bukan dibuat sebagai nota kaki.
klik link ini
http://www.chicagomanualofstyle.org/tools_citationguide.html

4. Ilustrasi [termasuk rajah, carta dan graf] : mesti dilabel dan disediakan dalam halaman yang berasingan daripada teks. Kedudukan ilustrasi seperti yang dikehendaki dalam teks hendaklah ditanda dengan jelas. Semua ilustrasi ini harus dirujuk dan dinomborkan secara berturutan sebagai rajah. Semua ilustrasi hendaklah dilukis dengan jelas menggunakan dakwat kekal, difotografkan dalam bentuk hitam putih atau warna atau dicetak di atas kertas bermutu, atau dalam bentuk imej digital, dan disediakan dalam bentuk camera–ready.

5. Jenis Tulisan : B.M/BI = Times New Roman - Saiz : 12
B.A = Traditional Arabic , Saiz : 16 .

6. Jarak Baris : 1.5 spacing

7. Jidar (Margin) : Kanan = 3cm
Kiri = 2.5cm
Atas = 2.5cm
Bawah = 2.5cm

8. Jumlah Halaman Kertas kerja penuh : tidak melebihi 15 halaman.