Seminar ini dianjurkan bertujuan:
1. Membincangkan isu-isu kontemporari menurut perspektif al-Quran sebagai bukti ketinggian fungsinya dan kerelevanannya sebagai rujukan berautoriti dan autentik bagi segenap aspek kehidupan manusia, selari dengan niche Fakulti Pengajian Kontemporari Islam.
2. Menonjolkan keunikan al-Quran sebagai tonggak transformasi dalam masyarakat kontemporari.
3. Menelusur kegemilangan pengajian al-Quran di semua peringkat dan termasuklah di negeri Terengganu.
4. Membentuk jaringan akademia tempatan dan antarabangsa.